Bayangkan sebuah aisberg; apa yang dapat dilihat di atas permukaan laut hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhannya. Hasilkan sebuah Aisberg Emosi untuk menerokai bahagian yang dapat dilihat dan yang tersembunyi dalam fikiran/perasaan/perbuatan anda.
Matlamat
Meningkatkan kesedaran berkenaan emosi dan perilaku.
Peralatan
- Pen/Pensel/Krayon untuk mewarna dan menulis
- Handout (klik untuk muat turun)
- Lembaran Kerja (Pilihan) klik untuk muat turun
Arahan
- Fikirkan tentang perasaan yang kuat yang anda alami baru-baru ini (anda boleh memilih perasaan seperti Gembira, Sedih, Reda, Marah, Percaya, Teruja.
- Ambil handout Aisberg Emosi yang kosong di atas meja. Pada bahagian atas aisberg (atas air) tuliskan fikiran, perasaan dan perbuatan anda yang boleh dilihat oleh orang lain.
- Kemudian, fikirkan mengenai fikiran, perasaan dan perbuatan anda yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. (Contoh: anda sedih, tetapi anda tidak menunjukkannya pada orang)
- Warnakan dan lukis gambar dan perincian lain untuk menggambarkan apa yang berlaku pada anda – yang kelihatan dan yang tersembunyi.
Perbincangan
- Cari orang lain yang telah menghasilkan Aisberg Emosi. Apakah persamaan dan perbezaan yang terdapat pada Aisberg Emosi anda berdua?
- Adakah anda terkejut dengan apa-apa yang anda tuliskan pada bahagian bawah aisberg?
- Suatu masa di mana anda mengalami suatu perasaan, apakah yang akan berlaku sekiranya anda ingat Aisberg Emosi anda dan cuba untuk berkongsi perasaan anda dengan lebih terbuka?
Tambahan
Ajak peserta untuk menulis cerita, surat atau jurnal menggunakan pelbagai perkataan yang menggambarkan emosi untuk menunjukkan bagaimana perasaan boleh menjadi lebih atau kurang mendalam dalam beberapa langkah kecil.
Sumber Aktiviti
Patty Freedman & Joshua Freedman
About this activity…
Umur:
SDG:
Saiz kumpulan:
EQ AREA:
Masa:
4-10 minit
DEMO VIDEO:
0 Comments