Bulatan Kelompok

Rasa dimiliki dalam sesebuah kelompok tidak semestinya berbentuk abstrak – kita boleh mengira bilangan kelompok yang kita miliki, dan kita boleh menamakan individu yang membuat kita rasa disayangi.

Matlamat

Kanak-kanak akan mengetahui dengan siapa mereka ‘rasa dimiliki’ selepas aktiviti ini. Mereka akan mengetahui siapa yang boleh mereka harapkan pada waktu-waktu tertentu dan mereka dapat mengenalpasti dengan siapa yang ingin mereka berhubung dengan lebih rapat.

Peralatan

  • Pen marker/Cat
  • (Pilihan) Lain-lain alatan kreatif (seperti gelung hula, pasir, batu)
  • Handout (klik untuk muat turun)
  • Lembaran Kerja (Pilihan) klik untuk muat turun

Arahan

  1. Kumpulkan bahan-bahan untuk membuat bulatan. Peserta boleh melukis di atas kertas, atau aktiviti boleh dilakukan tanpa menggunakan kertas dan pensel dengan menggunakan mana-mana alatan mencipta (batu, pasir, gelung hula, lain-lain), malahan aktiviti boleh dilakukan di luar.
  2. Beri penerangan mengenai aktiviti. Peserta boleh mencipta gambar dengan Bulatan Kelompok yang bertindih untuk melihat berapa banyak kelompok yang mereka miliki (keluarga, kawan-kawan, sukan, kelab, keluarga kembangan, lain-lain).
  3. Pertama, peserta boleh melukis/membina/mencatat nama-nama di atas kertas. Kemudian, mereka boleh menambah bulatan pertama di sekeliling nama-nama tersebut, seterusnya melabel bulatan kelompok tersebut sebagai “Keluarga” atau “Ibu, Ayah, Kakak”.
  4. Teruskan dengan bulatan lain. Tambah bulatan kelompok yang lebih banyak dan lebih besar dengan menyertakan pelbagai jenis kelompok sehingga semua yang peserta boleh fikirkan telah mereka keluarkan.
  5. (Pilihan) Lakukan rumusan berkaitan perasaan dengan peserta. Minta peserta untuk berkongsi perasaan mereka apabila berada di dalam sesebuah kelompok menggunakan satu perkataan (pasukan renang: kuat, keluarga: disayangi). Kemudian, mereka boleh mengekspresikan perasaan mereka melalui tulisan atau ilustrasi pada Bulatan Kelompok mereka. Peserta boleh berkongsi lukisan dengan pasangan atau kumpulan kecil mengikut keselesaan.

Perbincangan

  • Apakah perasaan anda apabila memikirkan mengenai orang-orang yang menyayangi anda?
  • Siapa yang boleh anda dapatkan untuk keperluan tertentu – contohnya, sekiranya anda ingin dipeluk atau seseorang yang boleh membantu anda dalam kerja rumah?
  • Dengan siapa anda boleh menjadi “diri sendiri” dan apakah yang diperlukan untuk anda menjadi “diri sendiri” dengan orang lain?
  • Siapa yang ingin anda dekati dan apakah langkah yang boleh anda lakukan untuk melakukan perkara tersebut?

Tambahan

Bincangkan dengan setiap kumpulan mengenai perasaan mereka semasa mereka bersama-sama. Peserta juga boleh berkongsi lukisan sesama mereka sekiranya aktiviti dilakukan secara berkumpulan.

Sumber Aktiviti

Patty Freedman
0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About this activity…

Umur:

SDG:

Saiz kumpulan:

EQ AREA:

Masa:

5-15 minit

DEMO VIDEO: