Warnai Hatimu
Di stesen ini, anda akan mengenalpasti emosi yang anda rasakan dan mewarna gambar hati yang diberikan untuk menggambarkan perasaan anda.
Matlamat
Mengenalpasti emosi dan mengiktiraf bahawa banyak emosi yang bermain di dalam fikiran dan menceritakan emosi anda kepada individu yang dipercayai tanpa menggunakan banyak perkataan.
Peralatan
- Pen/Pensel warna
- Handout (klik untuk muat turun)
- Lembaran Kerja (Pilihan) klik untuk muat turun
Arahan
- Ambil handout Warnai Hatimu dari atas meja. Tandakan setiap perkataan yang anda rasai menggunakan warna berlainan tanpa perlu berfikir panjang.
- Dengan menggunakan warna yang telah anda gunakan untuk menandai emosi anda, warnakan gambar hati anda. Gunakan saiz dan bentuk berlainan untuk menggambarkan seberapa banyak atau sedikit emosi yang anda rasai.
- Lipat dua kertas tersebut dan tunjukkan kepada rakan atau ahli keluarga anda. *Anda tidak perlu menunjukkan kertas tersebut kepada sesiapa tetapi anda boleh berkongsi dengan mereka yang anda percayai.
Perbincangan
- Apakah warna kegemaran anda?
- Warna apakah yang paling banyak di dalam hati anda?
- Warna apakah yang paling kurang di dalam hati anda?
Tambahan
Jemput peserta untuk menulis refleksi berdasarkan beberapa emosi yang telah mereka pilih. Jawab soalan di atas. Bincangkan bagaimana aktiviti ini mampu membantu sekiranya anda menyimpan jurnal aktiviti ini dan mengisinya sehari sekali.
Sumber Aktiviti
Carrie Wolfe
About this activity…
Umur:
SDG:
Saiz kumpulan:
EQ AREA:
Masa:
10-15 minit
DEMO VIDEO:
0 Comments