Pingat persahabatan

Di stesen ini, anda berlatih untuk menunjukkan penghargaan sesama sendiri dan membuat orang lain berasa istimewa.

Matlamat

Belajar dengan lebih mendalam mengenai persahabatan dan cara menunjukkan penghargaan.

Peralatan

  • Kertas kosong
  • Gunting
  • Pita pelekat
  • Reben
  • Pen marker atau pensel warna
  • Penebuk lubang (pilihan)

Arahan

  1. Fikirkan mengenai seorang sahabat atau seseorang yang ingin anda hadiahkan dengan medal. Fikirkan: mengapa anda bersahabat dengannya? Apakah keistimewaan mereka sebagai seorang sahabat?
  2. Ambil kertas kosong dari meja, lukis dan warnakan ‘medal’ atau ‘anugerah’ sebagai tanda pengiktirafan kepada sahabat anda. Tulis nama sahabat anda di atas kertas, potong dan ikat dengan reben supaya anda boleh mengalungkan medal tersebut kepadanya.
  3. Tiba masanya untuk ‘Majlis Anugerah’! Cari sahabat anda (atau bawa medal pulang ke rumah sehingga anda berjumpa dengannya pada masa akan datang) dan kalungkan medal tersebut di lehernya.
  4. Minta bantuan orang dewasa untuk mengambil gambar anda dan sahabat anda dengan reben biru. Sekiranya anda mendapat kebenaran, buat hantaran di media sosial dengan tanda pagar: #EQPOPUP #WorldChildrensDay untuk turut serta dalam sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Perbincangan

  • Apakah sahabat? Bagaimana untuk bersahabat?
  • Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
  • Apakah perasaan anda ketika membuat medal persahabatan?
  • Apakah perasaan anda apabila menyatakan apa yang anda suka mengenai sahabat anda?
  • Apakah perasaan apabila menerima medal?
  • Pada pendapat anda, pentingkah kita untuk mempunyai sahabat?
  • Bolehkah anda mempunyai pelbagai jenis sahabat?

Tambahan

Tuliskan sebahagian kualiti seorang sahabat yang anda lihat pada individu yang anda pilih yang menyebabkan anda memilih untuk menghadiahkan medal kepada mereka. Kemudian, tuliskan kualiti yang ada pada diri anda yang menjadikan anda seorang sahabat yang baik dan kongsikan dengan pasangan.

Sumber Aktiviti

Peppy Pals
0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About this activity…

Umur:

SDG:

Saiz kumpulan:

EQ AREA:

Masa:

5-10 minit

DEMO VIDEO: