Pizza Matlamat

Penetapan matlamat terbukti dapat memperkasakan seseorang dan membantu mereka mencapai kejayaan (mengikut definisi mereka). Aktiviti ini akan menunjukkan kanak-kanak cara yang seronok (dan sedap!) untuk menetapkan matlamat dan langkah-langkah yang diambil dalam mencapai impian.

Matlamat

Untuk kanak-kanak mengenalpasti matlamat mereka dan menggunakan tiga W (who - siapa, what - apa, when - bila) untuk mencipta jalan ke arah pencapaian.

Peralatan

  • Construction paper/Sugar paper
  • Pen marker/Pen/Pensel warna
  • Gunting
  • Gam/Pita pelekat/Pelekat

Arahan

  1. Kumpulkan bahan-bahan. Setiap orang akan mendapat sehelai kertas, pen marker/pen/pensel warna untuk menulis, melukis dan mewarna.
  2. Hasilkan ‘Pizza Matlamat’: Lukiskan bulatan besar helaian kertas, kemudian lukis garisan yang membahagikan bulatan tersebut kepada enam bahagian seperti pizza. Kemudian, tulis kategori-kategori berlainan pada bahagian kerak pizza (lihat gambar di bawah). Contoh: lukisan, bola keranjang, pembacaan, kawan, keluarga, piano. Di bawah setiap kategori, tuliskan matlamat anda. Contohnya, “Saya ingin mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang.”
  3. Ciptakan hiasan/inti (topping) pada Pizza Matlamat anda. Lukiskan tiga jenis hiasan/inti yang anda gemari pada setiap bahagian pizza dengan anggaran saiz yang boleh anda tulis di atasnya. Kemudian, di atas setiap hiasan/inti, tuliskan jawapan bagi tiga W: Siapa (Who) boleh membantu? Apa (What) yang anda perlu lakukan?, dan Bila (When)?
  4. Tentukan kedudukan ‘oven’ anda. Letakkan pizza anda di tempat yang boleh anda lihat dan periksa selalu. Tentukan berapa lama pizza anda perlu ‘dibakar’ untuk mencapai matlamat anda dan tuliskan pada sehelai kertas.
  5. Raikan apabila pizza anda ‘selesai dibakar’ (seperti parti pizza)!

Perbincangan

  • Apakah yang anda rasakan semasa menulis matlamat anda?
  • Pada pandangan anda, matlamat manakah yang paling mudah/paling sukar untuk dicapai?
  • Apakah matlamat lain yang boleh anda aplikasikan tiga W?

Sumber Aktiviti

Patty Freedman
0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About this activity…

Umur:

SDG:

Saiz kumpulan:

EQ AREA:

Masa:

10-20 minit

DEMO VIDEO: